Seluruh England: Pearly-Thinaah singkir pilihan keempat

Muzaffar Musa
Mac 18, 2021 05:54 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mencipta kejutan dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England apabila menyingkirkan gandingan pilihan keempat dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajonglai, awal pagi tadi.
Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia, turut layak ke pusingan kedua dan dituruti dengan dua beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

HIGHLIGHTS | Lamsfuss/Seidel ?? lock horns against the formidable Goh/Tan ?? at the YONEX All England Open 2021 ?#HSBCbadminton #BWFWorldTour #AllEngland2021 pic.twitter.com/fcZXFJQHRU

— BWF (@bwfmedia) March 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagiamanpun, tumpuan terarah kepada juara Terbuka Switzerland, Pearly-Thinaah, yang menampilkan aksi penuh yakin dalam menumbangkan lawan di ranking kelapan dunia itu.
"Ia tidak dijangka tetapi ia kemenangan yang menggembirakan kami. Kami bermain baik dalam mengawal gelanggang dan berkomunikasi dan berkeyakinan tinggi terhadap satu sama lain dan ia menjadi kunci kejayaan ini. Kami akan mencuba untuk mengekalkan ketekalan ini dalam perlawanan seterusnya," kata Pearly sejurus kemenangan itu.
Gandingan negara itu akan berdepan wakil tuan rumah, Jessica Hopton-Jenny Moore, dalam penentuan ke suku akhir hari ini.
Zii Jia pula mara ke pusingan kedua selepas menewaskan perseorangan Kanada, Brian Yang, 21-13, 21-10 untuk mencongak perhitungan dengan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus.
Jika menang, dia berpeluang untuk bertemu pemain nombor satu dunia, Kento Momota, yang kembali beraksi secara kompetitif sejak setahun lalu.
Bagaimanapun, tumpuan Malaysia dalam acara perseorangan wanita berakhir awal apabila Soniia Cheah dan S. Kisona, kedua-duanya tersingkir.
Soniia tewas 11-21, 17-21 kepada P. V. Sindhu manakala Kisona tumbang kepada pemain Thailand, Busanan Ongbamrungphan, 6-21, 7-21.

HIGHLIGHTS | Reigning world champion @Pvsindhu1 ?? piles on the pressure for Soniia Cheah ?? ?#HSBCbadminton #BWFWorldTour #AllEngland2021 pic.twitter.com/NzsHgkaeBU

— BWF (@bwfmedia) March 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
V Shem-Wee Kiong pula akan berdepan Mathias Christiansen-Niclas Nohr selepas menundukkan pasangan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel, 21-11, 21-18.
Yew Sin-Ee Yi akan berdepan cabaran lebih sukar untuk menundukkan jaguh Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe, dalam pusingan kedua.
#Badminton Seluruh England