Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyesahkan bahawa kesemua pemain Indonesia terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Badminton Seluruh England berikutan protokol COVID-19.

Sebilangan pemain dan pegawai pasukan itu telah dihubungi oleh Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Ujian dan Jejak milik Kerajaan United Kingdom (UK) dan perlu menjalani pengasingan kendiri serta-merta.

Berdasarkan ketetapan Kerajaan UK, seluruh pasukan itu perlu menjalani pengasingan kendiri selama 10 hari dari tarikh mereka berada dalam pesawat bersama seorang penumpang yang disahkan positif COVID-19.

"Ketika kami sesali akibat daripada perkara yang tidak diingini ini, BWF dan Badminton England akan terus mematuhi kesemua protokol yang diperlukan oleh Kerajaan UK dan pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk memastikan keselamatan semua peserta.

"Semua keputusan setakat ini akan dikekalkan dan jadual perlawanan juga tidak akan diubah. Kesemua lawan mereka dalam pusingan berikutnya akan diberikan laluan percuma," kata BWF dalam satu kenyataan rasmi.

Menjelang pengumuman itu, dua beregu lelaki Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, sudahpun mengambil bahagian dalam pusingan pertama, di mana masing-masing menewaskan Matthew Clare-Ethan Van Leeuwen and Ben Lane-Sean Vendy.