Tetap ada tekanan yang diletakkan ke atas bahu kudrat muda Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam Kejohanan Seluruh England yang bermula esok meskipun sebilangan besar mereka bakal membuat penampilan sulung dalam kejohanan berprestij itu.

Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, menerusi perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani, menegaskan keputusan bersama buat beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tidak beraksi dalam kejohanan ini demi memanfaatkan perancangan jangka masa panjang,

Secara keseluruhan BAM hanya memiliki enam wakil dalam Seluruh England yang tidak menawarkan mata Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan, dengan skuad muda itu diketuai perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia.

Perseorangan wanita, S. Kisona, turut akan membuat penampilan sulung dalam kejohanan selain tiga beregu terbabit.





Berbeza dengan siri kejohanan Asia di Bangkok, Thailand, awal tahun ini dan Terbuka Switzerland, barisan pemain terbaik dunia seperti Kento Momota dan beregu lelaki nombor satu dunia dari Indonesia, sudah mengesahkan kehadiran mereka.

"Saya harap mereka mampu beri saingan selaku peserta baru dalam Seluruh England dan kami berharap dapat melakar kejutan apabila berjumpa lawan yang lebih handal dan ranking yang lebih tinggi," katanya ketika diwawancara maya.

Dalam ketiadaan Aaron-Wooi Yik di Birmingham England, taruhan untuk menyinar dalam saingan Seluruh England jatuh di bahu dua gandingan profesional Goh V Shem- Tan wee Kiong dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin.

"Ia bukan berkenaan persembahan semata-mata tetapi keutamaannya (adalah untuk mengatasi) kepincangan yang (Aaron-Wooi Yik) ada.

"Bukan kami sahaja yang mengambil langkah ini tetapi kami tidak ketepikan hakikat bahawa apabila menyertai kejohanan, tujuannya adalah bersedia dan untuk menang.

"Beraksi kerap tidak beerti bagus sebaliknya beraksi baik adalah lebih utama," katanya.


"Being honest, I’m not too confident. I haven’t been able to compete against foreign players. There are a lot of question marks.” ? #badminton?️ #weekinquotes

Posted by BWF — Badminton World Federation on Monday, March 15, 2021