Bagi pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah dan S. Kisona, menarik nafas lega apabila tahap kecergasan mereka kini lebih baik berbanding hari pertama menyertai kem latihan program itu pada 1 Jun lalu.

Selepas sebulan berkurung di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, pasti banyak rutin harian yang mereka mahu lakukan, antaranya meluangkan masa bersama keluarga sebaik fasa pertama RTT beraksi hari ini.

"Kami tidak berdepan sebarang sebarang gangguan, saya berasa tenang di sini.

"Selain latihan, kami hanya meluangkan masa di bilik untuk berehat dan adakalanya, kami dapat merancang untuk melakukan apa yang perlu dilakukan (demi karier) selain dapat mengingatkan diri sendiri.

"Ia cabaran berbeza tetapi ia sesuatu yang bagus," kata Soniia.

Sementara itu, pemenang pingat emas Sukan SEA 2019, Kisona, meluahkan rasa seronok kerana dapat menggilap kebolehannya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19.

"Kami lebih fokus.

"Oleh kerana kami tidak dapat keluar (kem), tambahan pula tidak ramai orang berada di sekitar jadi jurulatih boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada kami.

"Ia satu corak pemikiran baru buat saya.

"Sebaik tamat program ini, saya mahu meluangkan masa bersama keluarga terlebih dahulu," katanya.