Saingan Purple League membuka tirai dengan menyaksikan Puchong United mengatasi Serdang BC 11-6 dalam saingan yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam sebentar tadi.

Perlawanan dimulakan dengan aksi perseorangan lelaki di mana Lim Chi Wing mudah memberi Puchong mata pertama selepas mengatasi Too Ming Yap 3-1.

Bagaimanapun, rentak itu gagal diteruskan Soniia Cheah yang gagal mengekalkan dominasi puchong apabila tewas 2-3 kepada wakil import Serdang dari Myanmar, Ther Htar Thuzar, yang berjaya menyamakan kedudukan.

Gandingan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin kemudian cekap mengalahkan Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci 3-1 untuk mengembali semula kelebihan kepada Puchong.

Sebelum pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng-Goh Liu Ying menoktahkan kemenangan 3-1 Puchong ke atas Serdang dengan menewaskan Nuraidil Adha-Lim Chiew Sien.