Presiden MOM mahu kekal demi agenda yang belum selesai

Shaiful Shamsudin
Ogos 20, 2021 13:17 MYT
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, menyuarakan pendiriannya untuk mempertahankan jawatan.
Menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MOM pada 4 September depan, Norza berhasrat terus mendapat mandat daripada persatuan sukan di Malaysia dengan proses pencalonannya akan ditutup, Rabu depan.
"Saya memang telah menyatakan hasrat saya kepada persatuan-persatuan kerana baru satu penggal (menerajui MOM) dan saya harap dapat meneruskan (khidmat untuk) sepenggal lagi.
"Memang ada perkara yang saya masih belum dapat lakukan.
"Diharap persatuan-persatuan dapat memberi peluang untuk saya lakukan perkara yang belum dapat diselesaikan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
#MOM #Majlis Olimpik Malaysia #Tan Sri Mohamad Norza Zakaria