Bintang Los Angeles Clippers, Kawhi Leonard, alam terlepas enam perlawanan beturut-turut playoff NBA apabila sah diketepikan daripada perlawanan keempat siri final Persidangan Barat pagi esok.

Leonard berdepan masalah kecederaan dalam kempen payoff NBA kali ini, di mana dia tidak pernah diturunkan sejak terseliuh lutut dalam perlawanan keempat siri separuh akhir menentang Utah Jazz.

Clippers akan sekali lagi turun tanpa kelibat Leonard apabila melayani kunjungan Phoenix Suns dalam usaha untuk mengikat kedudukan 2-2 esok.

Dalam playoff NBA musim ini, juara NBA dua kali, Leonard, merekodkan purata 30.4 mata, 7.7 rebound dan 4.4 bantuan bagi setiap satu perlawanan buat pasukan pilihan keempat, Clippers.

Clippers merapatkan jurang kepada 1-2 di belakang Suns menjelang perlawanan esok selepas menang 106-92 dalam perlawanan terakhir di Staples Center, Los Angeles, kelmarin.