Kawhi Leonard sekali lagi menjadi wira buat Los Angeles Clippers, yang melengkapkan kebangkitan ke atas Dallas Maverick, dalam perlawanan ketujuh siri pusingan pertama Playoff NBA bagi melayakkan diri ke separuh akhir Persidangan Barat.

Penentuan pusingan pertama itu terpaksa berlanjutan sehingga ke perlawanan terakhir selepas Leonard menghasilkan 45 mata untuk Clippers mengelak daripada penyingkiran kelmarin.

Dalam penentuan di Staples Center kali ini, bintang Clippers itu sekali lagi menyerlah dengan menghasilkan double-double untuk pasukannya menang 126-111 dan meneruskan kemaraan dengan kelebihan 4-3.

Leonard menghasilkan 28 mata, 10 rebound, sembilan bantuan dan empat pintasan untuk membawa Clippers mencongak perhitungan dengan pasukan pilihan utama, Utah Jazz, dalam pusingan kedua lusa.