Giannis Antetokounmpo memacu Milwaukee Bucks membenam Atalanta Hawks 125-91 dalam perlawanan kedua siri final Persidangan Timur hari ini, sekali gus mengikat kedudukan semasa 1-1.

Selepas tewas dalam perlawanan pembukaan, Bucks memberikan respons sebaik turun di mana sendiri di Fiserv Forum, Milwaukee.

MVP dua kali, Antetokounmpo, menjaringkan 25 mata dalam tempoh 19 minit dan Jrue Holiday pula menokok 22 mata lagi ketika Bucks mudah mengatasi pasukan pilihan kelima, Hawks.

Bucks -- yang mendahului 103-63 pada penghujung suku ketiga -- tidak pernah ketinggalan di belakang Hawks dan sentiasa berkelebihan 30 mata sepanjang separuh masa kedua, di mana kedua-dua pasukan merehat pemain utama mereka dalam suku keempat.

Seterusnya, aksi playoff NBA akan tertumpu kepada perlawanan keempat final Persidangan Barat, di mana Los Angeles Clippers, yang masih tidak dapat menurunkan Kawhi Leonard kerana kecederaan lutut, berpeluang untuk mengikat Phoenix Suns 2-2 pagi esok.