Kempen Piala Sudirman tempohari memperlihatkan kekurangan kekuatan dalam beberapa kategori, khususnya perseorangan wanita.

Walaupun gandingan M. Thinaah dan Pearly Tan dalam beregu wanita tampil semangat juang tinggi, ia belum cukup menandingi beberapa pemain terbaik dunia dalam kejohanan itu.

Kini dalam saingan Piala Uber, Malaysia perlu mencongak strategi terbaik memandangkan skuad negara diletakkan sekumpulan dengan juara 14 kali, China serta tuan rumah, Denmark sambil fokus kepada menumbangkan Kanada.

Kapten pasukan, Lee Meng Yean bersama tujuh lagi pemain berangkat dari Malaysia lewat malam Isnin bagi menyertai skuad negara di Aarhus, Denmark dengan saingan akan membuka tirai Sabtu ini.