Skuad Piala Uber tetap akan meneruskan latihan dan bersiap siaga untuk mencapai sasaran yang ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Kapten skuad Lee Meng Yean berkongsi kepada wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, mengenai moral terkini pasukan negara setelah persaraan Goh Jin Wei, serta calon gandingannya selepas persaraan Chow Mei Kuan.

"Semua sudah menjalani persiapan dengan baik dan memiliki semangat untuk berjuang menghadapi Piala Uber. Kami sudah bersedia memberikan yang terbaik untuk Malaysia," kata Meng Yean.

Itu perkongsian Meng Yean mengenai persaraan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018 yang mengejutkan kancah sukan badminton dua hari lalu.

Meng Yean jelas optimis bahawa skuad Piala Uber yang sedia ada mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain berusia 21 tahun itu.

Di sebalik persediaan untuk saingan Piala Uber, Meng Yean masih mencari pemain yang mampu menjadi gandingannya dalam acara beregu wanita setelah genap sebulan Mei Kuan bersara.