Pertembungan Lee Zii Jia dengan Kento Momota bakal dinantikan selepas Malaysia diundi bersama Jepun dalam Kumpulan D saingan Piala Thomas 2020 yang bakal bermula Oktober ini.

Malaysia turun diundi bersama Kanada dan England dalam majlis undian yang dilakukan sebentar tadi.

Aarhus, Denmark bakal menjadi medan saingan yang tertunda setahun yang lalu ekoran pandemik COVID-19.

Berdasarkan undian, Malaysia mempunyai peluang baik untuk mara ke suku akhir, bersama dengan Jepun, yang merupakan finalis edisi terakhir.

Bagaimanapun, kontinjen Piala Uber Malaysia berdepan tugas sukar apabila diundi bersama China, Denmark dan Kanada dalam Kumpulan D.

A post shared by Badminton World Federation (@bwf.official)



Dalam edisi 2018, skuad Piala Thomas Malaysia tewas 3-1 kepada Indonesia dalam suku akhir.

Sementara skuad Piala Uber pula gagal lolos dalam peringkat kumpulan apabila gagal lakar kemenangan ke atas China dan Indonesia.

Untuk rekod, Malaysia menjuarai Piala Thomas sebanyak lima kali, dengan kemenangan terakhir pada edisi 1992, sementara mereka tidak pernah merangkul Piala Uber.