Piala Thomas/Uber: BAM umum senarai pemain, Tze Yong tersenarai

Najmi Iman
April 12, 2024 04:37 MYT
Menerusi kemas kini terbaru laman sesawang Persatuan Badminton Malaysia (BAM), skuad badminton negara mengumumkan seramai 20 pemain yang akan menyertai kejohanan badminton Piala Thomas dan Uber 2024 di Chengdu, China bermula hujung bulan ini.
Beregu lelaki utama, Aaron Chia-Soh Woi Yik, akan mengetuai senarai pemain Piala Thomas sambil perseorangan yang menduduki tangga ke-11 dunia, Lee Zii Jia, menepati ramalan untuk dipersiapkan menjadi perseorangan utama negara.
Apa yang mengejutkan, Ng Tze Yong, yang sebelum ini dibelenggu kecederaan, turut menjadi tumpuan apabila tersenarai dalam edisi kali ini selepas diberikan pelepasan oleh pasukan perubatan BAM.
Dia yang sebelum ini terpaksa menarik diri dalam Kejohanan Badminton Asia di jangka memperkuat pasukan sebagai perseorangan kedua negara.
Selain itu, BAM juga menyenaraikan beberapa pemain perseorangan lain seperti Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh, manakala Nur Izzuddin Rumsani, Goh Sze Fei dan Muhammad Haikal Nazri akan menjadi pasangan kedua mewakili Malaysia dalam acara beregu.
Bagi saingan Piala Uber pula, seperti yang dijangkakan, Pearly Tan-M. Thinaah tidak disenarai bagi memberi ruang kepada mereka melakukan persiapan ke Sukan Olimpik Paris pada Julai depan.
Goh Jin Wei, K. Letshanaa dan Siti Nurshuhaini Azman akan membarisi pasukan sebagai pemain perseorangan ditambah oleh Wong Ling Ching dan Siti Zulaikha Azmi manakala, Teoh Mei Xing-Go Pei Kee, Tan Zhing Yi, Ho Le Ee, dan Chan Wen Tse akan bermain dalam acara beregu.
Piala Thomas menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Denmark, Hong Kong dan Algeria manakala dalam Piala Uber pula, Malaysia diundi bersama Thailand, Chinese Taipei dan Australia dalam Kumpulan B.

MALAYSIA ANNOUNCES #TUC2024 SQUADS ?? Malaysia’s challenge at the Thomas Cup will be spearheaded by former world champions Aaron Chia and Soh Wooi Yik. As the country’s top-ranked doubles pair, they will lead Malaysia’s campaign in Chengdu, China, from April 28 to May 5. Read… pic.twitter.com/ZIkAcbgacf

— BAM (@BA_Malaysia) April 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Malaysia #Piala Thomas #Piala Uber