Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong

Ammar Hakim
April 27, 2024 02:05 MYT
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas sebentar tadi.
Selepas Lee Zii Jia memberikan mata pertama, giliran beregu nombor satu negara pula turun ke gelanggang.
Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi menjadi halangan, namun beregu yang berada di ranking ke-170 dunia itu ternyata bukanlah tentangan kepada Aaron-Wooi Yik.
Kemenangan 21-16, 21-12 dalam tempoh 26 minit cukup memastikan Malaysia berjaya mendahului saingan dengan kelebihan 2-0 ke atas Hong Kong.

?Piala Thomas ??2 - 0 ?? Aaron & Wook Yik gunakan peluang sebaiknya mencuri mata dalam perseteruan beregu lelaki. Malaysia mendahului! @ASTROARENA pic.twitter.com/lHenndu6he

— Syifa Nasir (@syfansr) April 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Piala Thomas