Indonesia berpandangan kemenangan Indonesia ke atas Malaysia sebagai pemangkin semangat terutamanya pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo yang mula menemui sentuhan ketika menumbangkan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam saingan Piala Thomas semalam.

Usai Sukan Olimpik Tokyo, prestasi Kevin dan Marcus kian menurun, apatah lagi mereka gagal menepati ramalan untuk membawa pulang pingat emas di temasya itu apabila tersingkir di peringkat suku akhir kepada Aaron dan Wooi Yik.

Sehinggakan ramai menyangka mereka bakal dipisahkan namun prestasi mereka semalam jelas memberikan isyarat bahawa mereka masih lagi yang terbaik dunia.