England sah menarik diri daripada beraksi dalam Piala Sudirman, sekaligus menyaksikan Jerman diserap masuk ke dalam Kumpulan 1C bersama Malaysia dan Jepun.

Dengan ini, barisan pemain negara perlu bersiap sedia berdepan cabaran Jepun dan Jerman.

Jerman diserap ke Kumpulan 1C sementara slot asal pasukan itu akan digantikan oleh New Zealand dalam Kumpulan 2A di samping Vietnam, Scotland dan Kanada.

Sementara itu saingan dalam Kumpulan 3A yang menampilkan New Caledonia, Macau dan Guam tidak berubah.