Piala Ryder: Pasukan Eropah tidak perlu ratapi kekalahan terburuk

Shaiful Shamsudin
September 27, 2021 04:54 MYT
Kapten Pasukan Eropah, Padraig Harrington, tidak kecewa sungguhpun mereka gagal mempertahankan Piala Ryder sambil menegaskan pelawat masih mampu meninggalkan Whistling Straits dengan bermaruah.
Pasukannya Eropah yang diketuainya itu gagal menandingi Pasukan Amerika Syarikat (AS) apabila kecundang 9-19 di Wisconsin, awal pagi tadi.
Pasukan AS meraih gelaran edisi kali ini dengan kemenangan terbesar 18.5-9.5 untuk mengatasi rekod di Walton Heath Golf Club pada 1981.
Pasukan Eropah dikalahkan sejak awal kempen lagi dan pemain tuan rumah, Steve Stricker, hanya perlu mengesahkan kemenangan mutlak menerusi permainan kelima daripada 12 acara perseorangan pada hari terakhir.
Walaupun Pasukan Eropah -- yang telah mengungguli tujuh daripada sembilan edisi terakhir kejohanan dwitahunan itu -- gagal bangkit daripada ketinggalan enam pukulan menuju ke hari terakhir, Harrington sebaliknya enggan menunding jari ke arah barisan pemainnya.
"Saya tidak menyedarinya hingga ia semakin hampir," kata Harrington mengenai jurang kemenangan Pasukan AS.
"Saya terlibat dalam dua kejohanan terakhir dan kami mencatat rekod yang baik.

19 - 9, the largest margin of victory in the modern era.#RyderCup Singles Recap ⬇️

— Ryder Cup (@rydercup) September 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pasukan AS ini sangat mantap. Semua orang di sini memberikan 100 peratus, bersatu padu dan setiap orang bekerjasama dengan erat minggu ini. Saya akan bercakap dengan setiap pemain secara individu: Tiada siapa yang tidak memberikan sepenuh jiwa dan raga mereka terhadap pasukan ini.
"Kami tidak berhutang apa-apa kepada orang lain dalam hal ini. Mereka semua telah mencuba. Mereka semua telah memberikan segalanya. Sebilangan besar daripada mereka akan mempunyai pencapaian terbaik pada masa akan datang, tidak syak lagi. Oleh itu, mereka tidak boleh meratap memandangkan mereka telah memberikannya 100 peratus.
"Mereka telah melaksanakan tugas. Ia boleh berlaku. Seandainya anda mahu menikmati detik-detik gemilang, anda harus menghadapi kenyataannya dan kadang-kadang ia tidak berjalan sempurna. Anda masih boleh mengusahakannya.
"Inilah realiti sukan. Kami berdepan beberapa hari menyedihkan atau yang menggembirakan apabila terlibat dalam pertandingan."
#Golf #Piala Ryder