Atlet taekwondo negara, Sara Yap Khim Wen, dan pemain perseorangan wanita badminton negara, Soniia Cheah, mengakui peranan jurulatih sangat membantu dalam memdapatkan prestasi sebenar.

Menurut Sara, kehadiran jurulatih dan rakan sepasukan menjadi motivasinya untuk kembali mencapai prestasi terbaik selepas pulih daripada kecederaan.

Hubungan yang dianggap seperti keluarga itu menjadi pembakar semangat meskipun masih tiada jaminan mengenai penganjuran kejohanan dalam masa terdekat ini.

"Kembali berlatih bersama rakan sepasukan sangat menggembirakan setelah hampir empat bulan berlatih bersendirian.

"Ia sedikit susah untuk berlatih bersendirian secara atas talian semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

"Sekarang dapat kembali berinteraksi dan bersemuka bersama jurulatih dan ia sangat menggembirakan," katanya.

Bagi Soniia pula, sentuhan jurulatih barunya, Indra Wijaya, cukup membantu dalam mengembalikan kegemilanya.

Soniia mengakui pretasinya merudum selepas hanya mampu mara ke pusingan kedua dalam setiap kejohanan yang disertai sebelum ini.

Begitupun, pemain berusia 27 tahun itu semakin berani di gelanggang memandangkan Indra Wijaya selaku peneraju skuad perseorangan wanita, lebih menekankan ketahanan mental anak buahnya.

"Saya berasa selesa dengan kehadirannya. Dia sentiasa memberikan kami motivasi dan sentiasa mengujinya dalam latihan. Ini sangat penting bagi saya," katanya.