Atlet angkat berat kebangsaan, Muhamad Saiful Irfan, memiliki misi peribadi yang ingin dilunaskan di Rompin, Pahang, hujung minggu ini yang menjadi medan pemilihan wakil ke temasya penting tahun depan misalnya Sukan Komanwel 2022.

Walaupun sudah beberapa bulan tanpa kejohanan, atlet dari Terengganu itu tetap yakin mampu melakar kejutan untuk kekal dalam kem kebangsaan walaupun akan dicabar wakil daripada setiap negeri.

"Saya hendak pecah rekod, saya sasarkan angkatan 145kg (dalam snatch) dan 185kg (dalam clean and jerk) sebab saya nak layak ke Sukan Komanwel.

"Ketika ini saya kena makan banyak kerana perlu naikkan berat badan, tapi fokus utama saya adalah teknik angkatan terutama dalam snatch.

"Hari ini saya dapat melakukannya seberat 135kg dalam percubaan pertama, jadi saya yakin boleh melakukannya kelak," katanya.