Pembatalan Kejohanan Badminton Remaja Dunia bagi edisi 2020 yang sebelum ini ditunda ke Januari 2021 bermakna satu kerugian buat Malaysia.

Prospek kejuaraan daripada barisan perseorangan dan beregu lelaki berkongsi pandangan kepada wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani, apabila impian untuk membuat penampilan terakhir dalam kejohanan itu tidak kesampaian.

Kejohanan di Auckland, New Zealand, itu sepatutnya menjadi pentas untuk pemain remaja nombor tiga dunia, Kok Jing Hong, untuk menempa nama.

Begitu juga gandingan remaja lelaki nombor satu dunia, Wan Arif Wan Junaidi-Haikal Nazri.

Memandangkan mereka sudah berusia 18 tahun, maka mereka sudah melebihi had usia untuk beraksi dalam edisi 2021 yang berlangsung di China pada Oktober.

"Saya memang kecewa memandangkan ini peluang saya untuk membuat penampilan terakhir di peringkat remaja, saya dah buat persiapan rapi tetapi saya kena terima hakitkat kerana COVID-19 melanda seluruh dunia.

"Saya berasa berpeluang besar", kata Jing Hong hari ini.

The ongoing COVID-19 restrictions and uncertainty left BWF, Badminton New Zealand and tournament organisers no choice...

Posted by BWF — Badminton World Federation on Wednesday, October 21, 2020



Haikal menganggap mereka memiliki peluang lebih cerah kali ini.

"Kami berpeluang untuk meraih kejuaraan dalam edisi ini selepas kemaraan ke suku akhir tahun lalu," katanya.

Tambah Wan Arif: "Kini kami perlu mengalihkan tumpuan kepada persiapan menempuhi cabaran di peringkat senior."