Chef-de-Mission (CDM) Malaysia, Datuk Seri Megat D Shariman Zaharudin, dikhabarkan bergabung dengan Ecuador dan Australia untuk melancarkan bantahan kepada penganjur Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Impian jaguh lontar peluru negara F20, Muhammad Ziyad Zolkefli, untuk mempertahankan pingat emas dalam temasya Rio 2016 bagaikan diragut sebentar tadi selepas percubaan ketiganya sejauh 17.94m yang juga merupakan rekod baru dunia dibatalkan selepas protes daripada kem Ukraine.

Mereka mendakwa atlet berusia 31 tahun itu lambat melaporkan diri ke 'call room' (ruang menunggu), sekali gus menyaksikan Maksym Koval dikalungkan emas.




Atlet Ukraine itu memadam rekod dunia dengan lontaran 17.34m sementara rakan senegara, Oleksandr Yarovyi, meraih perak dengan lontaran 17.30m.

Atlet Greece, E Nikolaidis, pula membawa pulang gangsa.

"Saya sudah buat yang terbaik. Tidak tahu saya nak cakap.

"Saya tidak tahu sebab jauh dari mereka (pegawai Malaysia yang sedang membuat bantahan)

"Saya tunggu keputusannya sahaja," kata di Nadi Arena sebentar tadi yang menghabiskan enam lontaran ketika bersaing dengan tujuh lagi pencabar.