Paralimpik Tokyo 2020: Rayuan Ziyad ditolak penganjur

Muzaffar Musa
September 1, 2021 02:02 MYT
Rayuan kontinjen Malaysia bagi mengesahkan pingat emas milik jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, telah ditolak pihak penganjur dalam mesyuarat antara chef-de-mission (CDM) sebentar tadi, demikian dilaporkan wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, dalam ciapan Twitter terbarunya.
Ia bermakna, Ziyad terlepas pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan rayuan selanjutnya hanya boleh dibuat selepas temasya itu berakhir.
Ziyad sepatutnya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dalam edisi di Rio lima tahun lalu selepas memecahkan rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94m di Stadium Olimpik Tokyo semalam.
Bagaimanapun, penyertaannya dibatalkan selepas protes daripada kem Ukraine, yang mendakwa atlet berusia 31 tahun itu lewat melaporkan diri di 'call room' (bilik pendaftaran).
Ia menyaksikan atlet Ukraine, Maksym Koval, memenangi pingat emas dengan catatan 17.34m (diiktiraf sebagai rekod dunia) dan rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi, meraih perak dengan 17.30m.
Pingat gangsa pula menjadi milik peserta Greece, Efstratios Nikolaidis, dengan 15.93m.

Rayuan Malaysia ditolak selepas Mesyuarat CDM Ziyad Zolkefli terlepas pingat emas lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Rayuan boleh dibuat after tamat temasya @ASTROARENA @501Awani @ERAdotje @sinar_my @gegar_my @ZayanMy

— Bazly.azmi (@bazlyazmi) September 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ikuti laporan terperinci dalam Nadi Arena malam ini.
#Paralimpik #Ziyad Zolkefli #Lontar Peluru #Sukan Paralimpik Tokyo 2020