Melihat semangat yang dipamerkan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, dan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dalam Sukan Olimpik Tokyo ketika ini mendorong pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou, melaungkan keyakinan untuk menyasarkan pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Begitupun, usaha itu tidak hadir dengan mudah apabila sering diulit debaran menjelang temasya yang bermula 24 Ogos-8 September depan.

"Saya memang rasa sangat tertekan sekarang, lagipun Sukan Olimpik sedang berjalan.

"Ia membuatkan saya terfikir bahawa saya tengah bermain.

"Memang tertekan, kadang-kadang untuk melelapkan mata pun sangat sukar," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

A post shared by Cheah Liek Hou (@cheahliekhou4956)



Pemain nombor dua dunia itu -- yang mendapat tunjuk ajar Rashid Sidek -- pada awalnya hanya mengintai podium pingat, tetapi melihat kepada prestasi dirinya yang semakin meningkat, dia yakin impian untuk muncul pemain badminton para pertama negara meraih emas mampu menjadi kenyataan bagi mengubati kedukaan penyokong negara.

"Sebelum ini kami tidak meletakkan sasaran rasmi, tapi saya sendiri menyasarkan emas."