Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, percaya bekas pemain perseorangan negara, Hafiz Hashim, mampu membantu barisan perseorangan wanita negara.

Terdahulu, pada pagi tadi, Hafiz telah bertemu dengan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost, untuk sesi temuduga dan Norza sendiri akan menemui Frost esok untuk memuktamadkan kemasukan Hafiz ke dalam barisan kejurulatihan kebangsaan.

“Kami memang mengenal pasti kekosongan dalam barisan kejurulatihan wanita dan mungkin khidmat Hafiz diperlukan untuk membantu Tey Seu Bock,” ujarnya.

Norza turut mengulangi pendekatan BAM dalam mengutamakan bekas pemain negara sebagai jurulatih di dalam proses perstrukturan semula badan induk itu.

“Sekarang kami fokus kepada skuad senior, mungkin akan datang kami akan mula memberi perhatian serius kepada pemain muda dan pasti pengalaman bekas-bekas pemain ditagih untuk membantu BAM,” katanya.