The Phoenix Suns berjaya memimpin saingan NBA Finals 2-0 dengan kemenangan Permainan 2 118-108 ke atas Milwaukee Bucks sebentar tadi.

The Suns menyempurnakan 20 lontaran tiga mata, termasuk lapan dalam suku pertama, dengan Devin Booker menyinar sepanjang permainan dengan 31 mata, lima rebound dan enam assist.

Booker menyempurnakan tujuh daripada 12 percubaan lontaran tiga mata, manakala pemain veteran, Chris Paul, menyempurnakan tiga dengan mengumpul 23 mata termasuk lapan assist.

Mikal Bridges menamatkan saingan dengan 27 mata, sementara hari yang perlahan buat Deandre Ayton apabila sekadar memperoleh 10 mata dan 11 rebound.

Giannis Antetokounmpo, perlawanan kedua selepas pulih daripada kecederaan lutut, berusaha demi Bucks dengan 42 mata termasuk aksi terbaik dipamerkan dalam suku akhir namun gagal mencetus inspirasi kemenangan pasukannya.