NBA: Embiid, Simmons terlepas perlawanan pertama 76ers selepas All-Star

Muzaffar Musa
Mac 10, 2021 05:26 MYT
Bintang Philadelphia 76ers, Joel Embiid dan Ben Simmons, kedua-duanya akan terlepas perlawanan menentang Chicago Bulls dalam NBA, Jumaat ini berikutan proses pengesanan kontak rapat koronavirus.
Embiid dan Simmons tidak beraksi dalam perlawanan All-Star NBA di Atlanta hujung minggu lalu selepas kedua-dua pemain itu digugurkan gara-gara menjadi kontak kepada seseorang yang telah positif COVID-19.
Mereka akan terlepas perlawanan pertama selepas acara All-Star itu tetapi Simmons juga tidak akan dapat beraksi bagi perlawanan menentang Washington Wizards sehari kemudian.
Calon MVP, Embiid, boleh diturunkan oleh pendahulu Liga Persidangan Timur itu ketika menentang Wizards manakala Simmons akan kembali ke gelanggang dalam perlawanan dengan San Antonio Spurs hujung minggu ini.

???????????? ??... #SpiritofSmallBusiness x #HereTheyCome pic.twitter.com/c3pfD7uz4t

— Philadelphia 76ers (@sixers) March 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Embiid merekodkan purata 30.2 mata, 11.6 rebound dan 3.3 bantuan bagi setiap perlawanan 76ers musim ini.
Rakan sepasukannya, Simmons, pula dengan rekod purata 16.1 mata, 7.9 rebound dan 7.6 bantuan.
#Philadelphia 76ers #NBA #basketball #Ben Simmons #Joel Embid