Pemain paling bernilai (MVP) NBA dua kali, Stephen Curry, memuji LeBron James, atas aksi konsisten yang ditampilkan untuk kekal di puncak bagi tempoh yang panjang.

Curry dan James bakal bertemu dalam aksi pembukaan musim 2021-2022 apabila Golden State Warriors bertemu Los Angeles Lakers 19 Oktober ini.

MVP empat kali dan juara NBA empat kali, James, memasuki musim ke-18 bersama Lakers yang dilihat sebagai pencabar gelaran bagi musim baru ini.

Di sebalik kini mencecah 36 tahun, James kekal pemain berpengaruh Lakers, yang memenangi NBA tahun lalu sebelum tersingkir dalam pusingan play-off tahun ini.

Curry memuji James kerana berjaya kekal di tahap terbaik dalam tempoh yang sangat panjang, apabila dua pemain itu dilihat sebagai pemain terbaik ketika ini.

"Dia meletakkan satu penanda aras yang tinggi," kata Curry. "Ini adalah musim yang ke-18, sembilan kali berturut-turut berjaya melangkah saingan Akhir, semua yang telah dikecapinya sungguh menakjubkan.

"Apa yang dilakukan James adalah dia mengabadikan dirinya untuk bola keranjang dan itu sebab dia sentiasa berada di tahap terbaik."