Francesco Bagnaia berjaya menghalang Fabio Quartararo dalam perebutan tempat pertama bagi memastikan kemenangan berturut-turut dalam saingan Grand Prix San Marino, semalam.

Bagnaia mendahului perlumbaan dari permulaan hingga melintasi garisan penamat namun diberikan tekanan Quartararo beberapa baki pusingan di Misano.

Pelumba kelahiran Itali itu mengekalkan momentum bagi memastikan satu lagi kemenangan selepas meraih gelaran sulung MotoGP di Aragon.

Kemenangan Bagnaia menyaksikan dia kini hanya ketinggalan 48 mata di belakang pendahulu saingan, Quartararo, yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas bermula di petak ketiga.

Pelumba muda, Enea Bastianini, menampilkan tunggangan cemerlang apabila berjaya menamatkan perlumbaan dalam kedudukan podium buat pertama kali, selepas bermula di petak ke-11, manakala Marc Marquez di tempat keempat di hadapan Jack Miller dan Joan Mir.