Akademi Gostrong mahu melatih bakat muda dalam sukan bola keranjang selain melahirkan lebih ramai pemain berpotensi untuk beraksi di peringkat lebih tinggi.

Presiden Akademi Gostrong, Muhamad Izzat Nasruddin, tidak menolak jika Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) ingin bekerjasama untuk memajukan sukan itu di Malaysia.

"MABA tidak cukup tangan untuk mempromosi bola keranjang jadi kami ambil inisiatif untuk tubuhkan Akademi Gostrong.

"Kami mahu melahirkan pemain Malaysia dan dalam masa sama dedahkan kelab di peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA atau kejohanan di rantau Asia Tenggara.

"Kelab-kelab seperti kami inilah akan bantu peluang mereka beraksi," katanya Izzat.



View this post on Instagram

A post shared by GoStrong Basketball Academy (@gostrong_academy)




Sementara itu, pemain kelab Gostrong, Rais Davin Beg, turut berkongsi tentang pengalamannya bersama pasukan Gostrong.

"Sudah lama saya dipelawa dan oleh kerana terdapat isu di antara saya dengan bekas lama, saya memutuskan untuk beralih ke peringkat seterusnya dengan menyertai Gostrong.

"Saya tahu masa depan di sini dan pengurusan juga sangat bagus.

"Saya sangat bangga dan semua pihak di kelab ini sangat gembira. Tiada rungutan," kata Rais pula.