Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, bersedia menjalin kerjasama dengan Datuk Misbun Sidek.

"Saya berasakan ia akan menjadi satu gandingan mantap. Seperti saya katakan, seorang ketua jurulatih perlu bersedia untuk membuat keputusan yang sukar.

"Untuk itu, saya berasakan Misbun calon yang tepat," ujar Frost.

Difahamkan, pelantikan Misbun adalah hasil cadangan koletiktif Frost bersama Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.

Malah Frost menegaskan unsur perseteruan antara mereka sewaktu bergelar pemain dulu tidak akan menjejaskan kerjasama yang bakal terjalin.

Dalam pelan penstrukturan semula program skuad negara bagi tahun 2017 hingga 2020, BAM turut mensasarkan untuk bergelar juara Piala Thomas 2018.

"Saya yakin kami mampu membentuk skuad yang kuat. Walaupun kami meletakkan sasaran tinggi namun saya yakin kami mampu mengecapinya," tambah Frost