Masters Malaysia: Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir

Ammar Hakim
Julai 7, 2022 10:46 MYT
Gandingan profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, berjaya mengawal gemuruh mereka untuk mara ke aksi suku akhir Masters Malaysia.
Atas kertas, kelebihan tampak memihak Soon Huat dan Shevon untuk menundukkan gandingan Indonesia, Hafiz Faizal-Serena Kani di pusingan kedua kejohanan.
Bagaimanapun, Soon Huat-Shevon berdepan cabaran daripada gandingan lawan yang menghuni ranking ke-227 dunia.
Menang set pertama 21-15, Hafiz-Serena bangkit untuk mengheret aksi ke set penentuan.
Saling mengejar mata, akhirnya pasangan Indonesia itu akur tumbang 22-20 dalam pertarungan yang berlangsung selama 39 minit untuk bertemu pilihan kedua dari China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong.
Sementara itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, melangkah ke suku akhir apabila mengatasi wakil Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dengan kemenangan 21-14, 21-19.
#badminton #Goh Soon Huat #Shevon Lai #Masters Malaysia