Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik tersingkir di tangan beregu Indonesia

Muzaffar Musa
Mei 26, 2023 15:23 MYT
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terkandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia selepas tewas kepada beregu meningkat naik Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.
Turun selaku pilihan kedua, gandingan juara dunia negara itu, bagaimanapun, bergelut untuk mendapatkan rentak terbaik dan kesilapan sendiri sebelum tewas 18-21 dalam set pertama.
Kesilapan sendiri terus menjadi masalah beregu negara itu dalam set kedua, sekali gus gagal mengheret aksi ke set penentuan dengan kekalahan 19-21 selepas bertarung selama 52 minit.
Tersingkirnya Aaron dan Wooi Yik menyaksikan satu lagu beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, dan beregu wanita, Pearly Tan-M.Thinaah, akan mengibarkan cabaran negara di peringkat separuh akhir esok.
#badminton #Aaron Chia #Soh Wooi Yik #Badminton Masters Indonesia