Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Bali sebentar tadi.

Pemain berusia 23 tahun itu hanya dapat bertahan sehingga di kedudukan 9-11 menentang pemain bukan pilihan dari Denmark, Rasmus Gemke, sebelum membuat keputusan untuk menarik diri.

Ia dipercayai berpunca daripada kecederaan belakang yang dialaminya dalam final Terbuka Hylo di Jerman awal bulan ini.

Keadaan terbaru itu sudah pasti mencetuskan rasa bimbang peminat sukan badminton negara memandangkan hanya tinggal dua minggu sebelum Kejohanan Final Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan membuka tirai di venue sama awal bulan depan.


*Kredit foto: Badminton Photo

Keputusan lain:

Beregu Lelaki:
Ong Yew Sin-Teao Ee Yi mn K. Satwikwairaj-S. Chirag (21-17, 21-15)
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mn Kang Minhyuk-Seo Seunjae (21-10, 21-17)
Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong kk Sabar Gutama-Reza Isfahani (21-13, 14-21, 17-21)
Goh V Shem-Low Juan Shen kk Lucas Corvee-Ronan Labar (18-21, 18-21)

Beregu Wanita:
Lee Meang Yean-Yap Cheng Wen kk Linda Efler-Isabel Lohau (19-21, 19-21)

Beregu campuran:
Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mn Yujiro Nishikawa-Saori Ozaki (5-2, tarik diri)
Chen Tang Jie-Peck Yen Wei mn Seo Seungjae-Kim Hye Jeong (21-17, 21-13)
Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kk Jones Jansen-Linda Efler (12-21, 19-21)