Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, terkandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia apabila tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, di Stadium Istora Senayan, Jakarta hari ini.

Pilihan keenam kejohanan, Peng Soon-Liu Ying, gagal menyaingi juara Masters Malaysia itu sebelum tewas 14-21, 13-21.

"Kami sudah buat yang terbaik di sini bagi mengumpulkan mata untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

"Fokus kami selepas ini adalah Terbuka Jerman dan Kejohanan Seluruh England pada Mac ini," kata Liu Ying.

Sementara itu, satu lagi beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, mara ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won, 21-7, 21-18.


Keputusan lain (beregu lelaki):

AARON CHIA-SOH WOOI YIK (MAS) mn ONG YEW SIN-TEO EE YI (MAS) 28-26, 21-19

MARCUS FERNALDI GIDEON-KEVIN SANJAYA (INA) mn GOH SZE FEI-NUR IZZUDDIN RUMSANI (MAS) 13-21, 21-23.

-- BERNAMA