Legenda Badminton Indonesia, Markis Kido, meninggal dunia pada usia 36 tahun disebabkan serangan jantung malam tadi.

Markis dilaporkan mengalami serangan itu sewaktu bermain Badminton di Tangerang, Jawa.

Seluruh dunia badminton turut berdukacita dengan kehilangan besar itu, termasuk bekas gandingannya, Hendra Setiawan.

"Ikut berdukacita yang sangat mendalam buat salah satu gandingan terbaik saya dalam suka mahupun duka.. Dia salah satu pemain yang luar biasa dan sangat berbakat... Saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kerana sudah menjadi partner yang sangat baik buat saya dalam waktu menang ataupun kalah.. Terima kasih sudah bergandingan mulai dari nol dan berjuang bersama selama 14 tahun.

"Terima kasih Kido & selamat jalan," tulis Hendra dalam satu kiriman Instagram.

A post shared by hendra setiawan (@hendrasansan)


Markis telah memenangi segala gelaran yang ditawarkan dalam dunia badminton dengan kemuncaknya tiba ketika dia dan Hendra memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2008 -- menewaskan gandingan China, Cai Yun-Fu Haifeng.

Setahun sebelumnya, dia dan Hendra turut memenangi Kejohanan Dunia di Kuala Lumpur.

Markis juga memenangi pingat emas Sukan Asia 2010 selain pernah membawa negaranya menjadi naib juara Piala Thomas dan Piala Sudirman.