Kem ping pong negara teruja apabila bekas jurulatih kebangsaan, Beh Lee Wei, kembali menerajui sesi latihan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

Pada tahun lalu, kedudukannya diselubungi kemelut dalam persediaan ke Sukan SEA Filipina sehingga dilucut jawatan dan diganti dengan jurulatih baru iaitu Mu Tong oleh Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM).

Bagaimanapun, beliau kini kembali membimbing skuad negara bersama seorang lagi jurulatih luar negara yang dijangka tiba tahun depan.

"Sepanjang di bawah kendaliannya lebih dari lima tahun, saya mendapatinya seorang jurulatih yang berkaliber dan memahami pemain.

"Dia memotivasi pemain, teknikal dan taktikal banyak membantu pemain.

"Atlet sedia menerimanya balik dan akan bekerja keras pada masa akan datang," kata pemain kebangsaan, Asraf Haikal Rizal, yang semakin kerap mendapat peluang beraksi di luar negara.