Rohit Sharma dinamakan sebagai kapten India bagi perlawanan menentang New Zealand dalam Siri Kriket T20I.

Tiga pertemuan di laman sendiri itu, yang akan bermula 17 November ini, akan menjadi perlawanan pertama selepas Virat Kohli memilih untuk mengundurkan diri sesudah kempen Piala Dunia T20.

Kohli, yang akan kekal selaku ODI, megetuai India buat kali terakhir dalam format pendek itu pada Jumaat lalu, di mana pasukan pilihan berkenaan, yang telah tersingkir daripada Piala Dunia, menamatkan kempen dengan kemenangan ke atas Namibia.



Pemain berusia 33 tahun itu merupakan salah seorang daripada beberapa pemain yang tidak dapat diturunkan menentang Black Caps minggu depan, antaranya Jasprit Bumrah, Ravindra Jadeja dan Mohammed Shami.

Ruturaj Gaikwad, Shreyas Iyer, Venkatesh Iyer, Harshal Patel dan Avesh Khan pula menjadi pemain yang akan mengisi kekosongan itu.

Rohit akan mengambil alih tugas selaku ketua pasukan -- dengan KL Rahul sebagai timbalannya -- walaupun masih belum pasti sama ada dia akan memegang peranan itu secara tetap atau tidak.

Senarai skuad T20I India: Rohit Sharma (captain), KL Rahul, Ruturaj Gaikwad, Shreyas Iyer, Suryakumar Yadav, Rishabh Pant, Ishan Kishan, Venkatesh Iyer, Yuzvendra Chahal, Ravichandran Ashwin, Axar Patel, Avesh Khan, Bhuvneshwar Kumar, Deepak Chahar, Harshal Patel, Mohammed Siraj.