Australia sekali lagi melolosi separuh akhir dengan menakjubkan apabila menewaskan Pakistan dengan lima wiket, sekali gus menyertai New Zealand dalam perlawanan akhir Kejohanan Kriket Piala Dunia T20, Ahad ini.

New Zealand mengejutkan England dalam aksi separuh akhir pertama semalam sebelum Australia menuruti jejaknya, awal pagi tadi.

Kejayaan itu ditempa hasil 41 larian daripada 17 balingan oleh Matthew Wade.

Sebagaimana pertemuan di antara Black Caps dan England, momentum epik itu sekali lagi dijelmakan di Stadium Kriket Antarabangsa Dubai.

Australia memenangi lambungan syiling dan memutuskan untuk memukul terlebih dahulu, tetapi David Warner dan Adam Zampa masing-masing melepaskan separuh peluang awal daripada balingan Mohammad Rizwan untuk pasukannya ketinggalan 67 larian selepas persembahan hebat oleh Babar Azam (39) dan Fakhar Zaman (55 tidak tersingkir).





Zaman mencatat tujuh boundary termasuk empat kali meraih enam mata dengan hanya 32 balingan untuk menerajui permainan dengan 176-4.

Bagaimanapun, Australia memiliki kelebihan daripada segi pemukul untuk mula merangka kebangkitan dan ia dibuktikan menerusi gandingan hebat di antara Wade dan Marcus Stoinis yang menghasilkan 81 larian daripada 41 hantaran.

Wade melengkapkan kebangkitan Australia 177-5 menerusi tiga pukulan enam mata ketika permainan berbaki enam balingan.