Malaysia memiliki sejarah dan tradisi dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF tatkala Goh Jin Wei mengungguli perseorangan wanita di Markham, Kanada, dalam edisi tahun lalu.

Menjelang saingan di Kazan, Russia tahun ini, skuad negara akan diketuai oleh pemain beregu lelaki, Yap Roy King, setelah diserahkan Jalur Gemilang oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria.

Bagi pemain dari Johor itu, dia yakin rakan sepasukannya mampu melakar sesuatu di Russia tetapi dalam masa sama mahu setiap pemain muda mendapatkan pengalaman yang berharga.

"Saya rasa pasukan memiliki potensi yang tinggi kerana banyak pemain baru dan muda. Ada juga beberapa pemain yang baru pulih daripada kecederaan," kata Roy King.

"Saya tidak fikirkan apa-apa, hanya mahu ke sana dan tampilkan permainan saya. Saya hanya mahu tunjukkan persembahan sebenar.

"Diharapkan saya mampu memberikan prestasi terbaik dan jika berpeluang, saya mahu bergelar juara. Saya mahu mendapatkan sesuatu buat negara," tambah pemain perseorangan wanita, K. Letshanaa pula.