Malaysia mencatat kemenangan 4-1 ke atas Kanada, sekali gus meraih bekalan selesa untuk mengungguli saingan peringkat Kumpulan B Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Kazan, Russia.

Beregu campuran, Yap Roy King-Gan Jing Er, memulakan kempen berdepan Jonathan Chien-Crystal Lai.

Pasangan muda negara itu tampak tidak begitu serasi dalam set pertama dan tewas 11-21, namun mereka bangkit dalam set kedua dan mudah membaca permainan lawan sebelum mencatat kemenangan 21-11.

Set ketiga menyaksikan Roy King- Jing Er meneruskan momentum dan mencatat kemenangan 21-16 bagi menyumbang mata pertama negara.

Acara perseorangan wanita pula menyaksikan Tan Xhing Yi gagal mengatasi Talia Ng, apabila tewas straight set 21-10, 21-14 dalam masa 32 minit tetapi Kok Jing Hong bermula dengan langkah kanan dalam acara perseorangan lelaki apabila lawannya, Chen Yunzhi, tidak dapat meneruskan perlawanan, sekali gus memberikan Malaysia mata kedua.

Beregu muda lelaki dan wanita negara menyumbang dua mata tambahan setelah masing-masing mencatat kemenangan bagi mencerahkan peluang Malaysia untuk mengungguli Kumpulan B walaupun masih perlu berdepan cabaran Hong Kong.