Hari kedua Kejohanan Badminton Dunia menyaksikan kejutan daripada kem negara apabila gandingan muda, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, meneruskan kemaraan ke pusingan kedua bagi acara beregu lelaki, sebentar tadi.

Gandingan berusia 20 dan 21 tahun itu memerlukan 33 minit untuk mengatasi pasangan Korea Selatan, Kim Dukyoung-Chung Eui Seok 21-15, 21-18, sambil satu lagi gandingan lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mudah menewaskan wakil India, Arjun M.R.-Ramchandran Shlok 21-14, 21-15.

Turut meneruskan kemaraan adalah beregu campuran, Shevon Lai-Goh Soon Huat yang menundukkan Jacco Arends-Selena Piek (Belanda) 21-13, 21-17, namun Soniia Cheah gagal mengikut jejak mereka apabila tumpas di tangan wakil Jepun, Sayaka Sato, 21-15, 21-11 dalam acara perseorangan wanita.