Kejohanan Dunia BWF: V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir

Ammar Hakim
Disember 17, 2021 11:12 MYT
Gandingan profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, berjaya melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF apabila mengatasi wakil Jerman, Bjarne Geiss-Jan Colin Volker.
Aksi cemerlang ditampilkan sejak permulaan saingan menyaksikan beregu negara itu meraih kemenangan set pertama 21-14.
Ketika mereka mencari kemenangan straight set, wakil Jerman itu bangkit dengan permainan yang lebih berkualiti sekaligus menang 21-14 dan membawa perlawanan ke set penentuan.
Semangat jitu serta pengalaman V Shem-Wee Kiong memastikan kemenangan 21-17 untuk melangkah ke suku akhir buat kali pertama sejak edisi 2017 di Glasgow.