Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa akur selepas tewas dalam aksi tiga set ketika berdepan gandingan china, He Jiting-Tan Qiang dalam saingan Kejohanan Badminton Dunia BWF.

Kalau mengikut rekod pertemuan, mereka tidak pernah bertemu dan berdasarkan ranking dunia, beregu lelaki utama negara itu dilihat sebagai pilihan untuk melakar kemenangan.

Set pertama menyaksikan aksi cukup mantap dipamerkan kedua-dua beregu sebelum Aaron-Wooi Yik menang 21-17.

Kisah berbeza dalam set kedua, beregu China itu bangkit selepas bijak membaca gerakan permainan lawan sebelum menang 21-14 untuk mengheret ke set penentuan.

Seperti dikongsikan mereka dalam temubual wartawan Astro Arena, Syakirah Ibrahim semalam, faktor cuaca mungkin jadi punca kepada kekalahan mereka apabila akur tewas set ketiga 21-16 sekaligus tersingkir daripada saingan tersebut.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik dalam saingan ini pada edisi 2018 di Nanjing apabila mara ke suku akhir.