Anthony Joshua mengatakan bahawa dia telah 'belajar dari kesilapan' berikutan kekalahannya kepada Oleksandr Usyk hujung minggu lalu.

Bekas juara IBF, WBA dan WBO itu melepaskan gelarannya selepas persembahan penuh inspirasi dipamerkan lawan dari Ukraine di Stadium Tottenham Hotspur.

Joshua gagal untuk bangkit daripada permulaan perlahan dan sering kali gagal melepaskan tumbukan yang cemerlang ketika tewas buat kali kedua dalam empat perlawanan, dengan Usyk muncul pemenang selepas pertembungan melewati 12 pusingan dan ia diputuskan menerusi keputusan sebulat suara bagi memastikan rekod tanpa kalah sebagai petinju profesional.

Kedua-dua petinju itu dilaporkan akan bertempur sekali lagi pada awal 2022 setelah juara heavyweight itu telah 'mengaktifkan' klausa perlawanan semula.

A post shared by Anthony Joshua (@anthonyjoshua)



Kini 24-2, Joshua menegaskan dia mengetahui kesilapan yang dilakukan dan meletakkan sasaran untuk kembali mendapatkan gelarannya.

Menerusi Instagram, Joshua berkata, "Saya telah menyaksikan perlawanan tersebut, menganalisa semula persiapan dan mengenal pasti kesilapan yang dilakukan.

"Saya mempelajari daripada perlawanan ini.

"Jangan risau, semangat saya masih kuat!"