Novak Djokovic tersingkir dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Jelajah Akhir ATP buat tahun kedua berturut-turut selepas tewas kepada Alexander Zverev hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu berharap dapat mara ke final buat kali kelapan dalam kejohanan penutup musim berkenaan tetapi dikejutkan dengan persembahan luar biasa pemain pilihan ketiga, Zeverev, yang mencatatkan kemenangan 7-6, 4-6, 6-3.

Kedua-dua pemain gagal mendapatkan mata break sehingga game ke-10 sebagai menunjukkan kualiti mereka ketika melakukan servis dan Zverev kemudian kelihatan lebih tertekan berbanding Djokovic.

Zverev, bagaimanapun, memberikan respons terbaik dengan servis gemilangnya sebelum mengatasi Djokovic untuk memenangi set pertama.

Djokovic, yang kelihatan goyah pada awal set kedua, meraih mata break untuk menjadikan kedudukan 5-4 sebelum menyudahkan mata akhir kelimanya untuk mengheret pertemuan itu ke set penentuan.

Namun, jaguh Serbia itu tidak dapat mengekalkan momentumnya dalam aksi penentuan untuk membenarkan Zverev mengesahkan pertemuan dengan juara bertahan, Daniil Medvedev, bagi penentuan kejuaraan.