Lewis Hamilton yakin Mercedes dalam kedudukan terbaik untuk mencabar Max Verstappen di sebalik persembahan mantap daripada Red Bull dalam Grand Prix Perancis.

Verstappen memimpin carta kejuaraan pelumba Formula Satu sementara Red Bull mendahului saingan F1 ketika ini.

Walaupun Verstappen mengalami kemalanangan di GP Azerbaijan sebelum ini, rakan sepasukan, Sergio Perez memperoleh mata penuh ketika mendapatkan kemenangan buat pasukannya buat pertama kali.

Ia merupakan pertama kali dalam Era Hybrid terdapat dua pelumba Red Bull memperoleh kemenangan berturut-turut.

Mereka dijangka melakukan satu lagi persembahan mantap di Perancis selepas Verstappen memperoleh petak pertama dan Perez merupakan pelumba keempat terpantas, meletakkan sasaran untuk terus menampilkan persembahan yang berkualiti.

Dalam sidang media pasca kelayakan, Verstappen menggambarkan dirinya 'cukup yakin' menuju perlumbaan.

"Saya tahu ia akan menjadi lebih baik daripada kali terakhir kami berada di sini tetapi ini sesuatu yang tidak saya jangkakan, jadi ia menjanjikan keputusan yang positif buat kami," katanya.

"Kami perlu terus ke hadapan, cuba melakukan yang terbaik."

Namun, Hamilton bermula dari tangga kedua dan rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas di tempat ketiga, memberi peluang kepada Silver Arrows walaupun menentang sebuah jentera yang tidak berdepan sebarang kekurangan.

"Sememangnya, [Red Bull] adalah pasukan yang kuat," katanya. "Litar jalanan, tidak mengira di mana mereka berlumba, mereka sangat kuat dan kami terdapat ruang yang perlu diperbaiki.


"Tetapi kami akan memulakan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga, ia menjadikan kami di antara dua pelumba Red Bull, ia adalah kami peluang untuk memberikan tekanan dalam perlumbaan itu nanti."