Roger Federer di ambang bergelar juara sembilan kali Terbuka Gerry Weber selepas menewaskan Karen Khachanov dan bakal berdepan Alexander Zverev dalam aksi
final.


Federer terus mempamerkan persembahan cemerlang sepanjang kejohanan sebagai persiapan menghadapi Wimbledon dan mara ke final buat kali ke-11 di Halle dengan menewaskan
wakil Russia, Khachanov 6-4, 7-6 (7-5).

Pemain pilihan itu mengalami kekalahan mengejut kepada wakil Jerman, Tommy Haas, dalam aksi pertama di atas gelanggang rumput di Stuttgart, tetapi kini telah membina
momentum dalam kejohanan yang memberikan banyak kenangan sejak awal kariernya.

Pemain nombor lima dunia, Federer, dalam misi pencarian gelaran kelapan Wimbledon serta gelaran Grand Slam ketiga buat musim ini yang bermula pada Isnin ini.

Zverez yang merupakan pemain pilihan keempat kejohanan bakal menjadi halangan terakhir buat Federer.

Pemain berusia 20 tahun itu, yang telah memenangi tiga gelaran musim ini, bangkit selepas ketinggalan satu set ketika bertemu Richard Gasquet, 4-6, 6-4, 6-3.