Dugro pasrah sambut Deepavali tanpa keluarga di Jepun

Muzaffar Musa
November 3, 2021 13:23 MYT
Jaguh ragbi negara, K. Dineshwaran, mengakui merindui keluarganya di kampung dan hidangan enak bersempena sambutan Deepavali esok.
Bagaimanapun, pemain yang mesra disapa Dugro itu -- yang kini berada di Jepun bersama pasukan Hino Red Dolphin dalam Liga Terbaik Jepun (Japanese Top league) -- akur dengan perkara itu memandangkan ini bukan kali pertama dia meraikan perayaan itu di perantauan.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Yeoh Pek Xian, dia berkata: "Rindu? Benar, kebiasaannya apabila waktu festival seperti ini saya akan berasa rindu dan berharap saya berada di sana (bersama keluarga).
"Malam ini, mereka akan menghubungi saya dan berkata bahawa saya tiada bersama mereka dan ia tidak seperti Deepavali sebenar.
"Jadi, saya akan memberitahu mereka bahawa walaupun saya jauh daripada mereka, saya sentiasa mendoakan kebahagian mereka dan raikanlah segala-gala yang ada bersama mereka. Cuma raikannya dengan penuh gembira.
"(Sewaktu Deepavali) saya akan makan dengan banyak dan menghargai waktu saya bersama keluarga tanpa memikirkan perkara lain.
"Mungkin selepas latihan esok, saya akan ke kedai makan untuk mendapatkan nasi briyani atau sesuatu seperti itu," katanya.

Atlit ragbi negara, Dineshwaran Krishnan akui merindui keluarga di kampung halaman & rindu masakan sempena sambutan hari deepavali ? pic.twitter.com/b50M8ek1rK

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ragbi #K. Dineshwaran