Hasrat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei, untuk menawan Terbuka India tidak kesampaian apabila dinafikan wakil dari Singapura, Terry Hee-Tan Wei Han, hari ini.

Selepas melakar kejutan dalam separuh akhir dengan menewaskan rakan senegara yang juga pilihan pertama kejohanan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, seteru hari ini itu memanfaatkan kelebihan yang ada berikutan kemenangan percuma selepas beregu dari Russia, Rodion Alimov-Alina Davletova, terpaksa menarik diri semalam.

Beregu Seberang Tambak itu memerlukan tempoh 40 minit untuk mengatasi pilihan ketiga kejohanan tersebut dengan straight set 21-15, 21-18.




Dalam Terbuka Cabaran Antarabangsa Estonia pula, Jacky Kok, yang mara ke final buat julung kalinya terpaksa akur kepada kepada pencabar dari Perancis, Lanier Alex, 22-20, 21-15.