Denver Nuggets ikat Aaron Gordon dengan nilai kontrak RM383j

Shaiful Shamsudin
September 15, 2021 02:06 MYT
Bintang Denver Nuggets, Aaron Gordon, bersetuju dengan kontrak baru selama empat tahun dan bakal menikmati $92 juta (RM383j) dengan francais NBA itu.
Ejennya, Calvin Andrews, kemudian tampil mengesahkan perjanjian luamayan baru itu.
Kontrak itu dilaporkan merangkumi pilihan untuk melanjutkan pada tahun keempat, 2025-26, selepas Nuggets melanjutkan kontrak Pemain Paling Bernilai, Nikola Jokic, dan Jamal Murray.
Gordon tiba di Denver pada Mac lalu selepas dibeli daripada Orlando Magic yang sedang bergelut dengan prestasi.
Penyerang berusia 25 tahun itu memungut purata 12.4 mata, 5.7 rebound dan 3.2 bantuan jaringan sepanjang musim lalu dalam 25 perlawanan untuk Nuggets dan 25 lagi bersama Magic.

Gotta use the right equipment of course ? pic.twitter.com/NSHJEShlOs

— Denver Nuggets (@nuggets) September 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gordon meraih catatan jaringan terbaiknya sejak kempen 2015-16 dengan menyempurnakan 46.3 peratus peluang.
Dalam kempen play-off lalu, Gordon memperoleh 11.1 mata dan 5.4 rebound sebelum Nuggets disingkir Phoenix Suns dalam pusingan kedua.
#NBA #Bola Keranjang